Thursday, July 30, 2009

Saujana - Nur Malam

Renungi malam ini rasa kesangsian,
Ku kini berada di alam yang sunyi;
Hanya bertemankan bintang dan bulan,
Di malam kelam.

Hembusan angin bayu pastikan berlalu,
Seiring dosa lalu yang membelengguku;
Moga semalam jadi pedoman,
Dan pengajaran.

Langkah kaki kananku,
Menyusuri rumah suci;
Bermula episod baru,
Dalam ketulusan hati.

Bila hati menghadap tuhan,
Baru kusedar ada kelemahan;
Terasa kerdil berbanding Yang Esa,
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan.

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurgaMu,
Namun tak berupaya menghadapi api nerakaMu;
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku.

Inginku ubah cara hidupku yang lalu,
Menjadi hamba yang diredhai selalu;
Tiada palsu wahai tuhanku,
Allah yang satu.

Ku akhiri sujud dengan doa,
Semoga dikabulkan hajat;
Dijauhkan duka lara,
Kuharap terimalah taubat.

"Ya Allah, ku hanya hambaMu yang kerdil dan lemah. Kau berikanlah kepadaku Rahmat dan kasih sayangMu agar aku bisa mendapatkan kejayaan di dunia dan di akhirat.."

No comments:

Post a Comment